Cari Entri WADi

Isnin, 19 Mac 2012

Hadith Maudhu' 04: Ali r.a Pintu Ilmu


السلام عليكم




أَنَا مَدِيْنَةُ الْعِلْمِ وَعَلِيُّ بَابُهَا.
(Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya)

 وَفِى رِوَايَةٍ
(Dan dalam riwayat lain)

فَمَنْ أَتَى الْعِلْمَ فَلْيَأتِ الْبَاب.

(Maka sesiapa yang mahukan ilmu, maka mestilah melalui pintunya (Ali))

Takhrij al-Hadith


1. Berkata Ibn Jauzi:
"Tidak ada satupun yang benar di dalamnya" (al-Maudhu'at Ibn Jauzi 2/114)

2. Berkata Az-Zahabi::
"Ia adalah batil sama sekali" (Mizan al-'Indal 4/366)

3. Berkata al-'Aqili: 
"Tidak ada yang benar di dalam matan hadith ini" (al-Dhu'afa' al-Khabir 3/150)

4. Berkata Ibn Hibban: 
"Tidak ada asalnya" (al-Majruhin 2/136)

5. Berkata As-Syaukani:
"Ia sama sekali tidak benar bahkan tidak diketahui darimana asalnya/ tidak ada asalnya" (al-Fawaid Majmu'ah no. 349)

6. Berkata al-Albani: 
"Ia adalah maudhu' (palsu)" (Silsilah al-Hadith al-Dhaifah wa al-Maudhu'ah no.2955)


Ulasan WADi

Hadith ini mahsyur dan kerap kali digunakan oleh golongan syiah untuk menyatakan kemuliaan dan keagungan  Sayyidina Ali bin Abu Talib r.a. Adalah benar Ali merupakan sahabat yang mulia dan antara empat sahabat yang utama disisi Rasulullah s.a.w namun golongan Syiah beranggapan bahawa Ali r.a yang selayaknya  menjadi khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w selepas baginda wafat. Namun selepas musyawarah dan dilakukan undian ternyata para sahabat sepakat melantik Abu Bakar r.a untuk menjadi khalifah bagi memimpin umat Islam selepas ketiadaan Rasulullah s.a.w.

Maka dengan keputusan ini, timbullah rasa tidak puas hati dari golongan Syiah sehingga mereka menuduh Abu Bakar r.a merampas jawatan khalifah ini daripada Ali r.a. Mereka turut menuduh sahabat lain iaitu Umar al-Khattab dan Uthman bin Affan dan menganggap pemerintahan mereka bertiga adalah tidak sah malah sebahagiannya menghina malah mengkafirkan para sahabat ini. Nau'zubillahi min zalik!

Banyak kesesatan dan percanggahan yang terdapat dalam golongan Syiah malah Syiah itu sendiri terpecah kepada banyak bahagian. Jika ingin mengetahui lanjut, lazimkan diri anda mengkaji dan membaca kitab-kitab atau buku-buku yang berkaitan dengannya dari penulis yang jujur dan dipercayai ilmunya. Sebagai golongan Ahlussunnah wa al-Jamaah, kita sama sekali dilarang mencela apatah lagi mengkafirkan para sahabat yang mulia bukan sahaja disisi Rasulullah s.a.w bahkan Allah s.w.t turut memuliakan mereka. Firman Allah s.w.t:


مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar." (al-Fath 48:29)


Rasulullah s.a.w bersabda:



لا تسبوا أحدا من أصحابي . فإن أحدكم لو أنفق مثل أحد ذهبا ، ما أدرك مد أحدهم ولا نصيفه 
"Jangan kamu mencerca/ menghina seorang pun dari sahabatku. Sesungguhnya  jika salah seorang dari kamu semua sedekahkan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, nescaya tidak akan dapat menyamai walau secupak atau sebahagian daripada mereka" (muttafaq'alaih)


Berkata Ibn Taimiyyah:

Kepalsuan hadith ini dapat dikenal pasti melalui matannya itu sendiri. Sekiranya Rasulullah s.a.w kota ilmu dan pintunya hanya satu iaitu Ali r.a, nescaya Islam dan ajarannya akan terbantut kerana pintu ilmu hanya ada melalui Ali r.a. Hakikatnya ilmu itu adalah melalui al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w tersebar melalui ramai orang diserata dunia. Sedangkan yang diajarkan oleh Ali r.a sangat sedikit. Kebanyakan tabi'in mempelajari Islam pada zaman Umar dan Uthman bahkan yang diajar oleh Muaz bin Jabal kepada penduduk Yaman adalah lebih banyak dari yang diajarkan oleh Ali r.a kerana Ali tumpuannya adalah bukan kepada pengajaran semata-mata. (Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqdi Kalam al-Syiah al-Qadariah)


والله أعلمُ بالـصـواب
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik