Cari Entri WADi

Khamis, 6 Disember 2012

Adakah Iman Boleh Bertambah Dan Berkurang?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Persoalan berkaitan iman merupakan perkara yang penting dan usul (asas/ pokok) yang penting dalam agama Islam. Ia adalah antara bahagian daripada aspek tauhid dan saling berkait rapat dengan ibadah dan juga akhlak. Apakah iman dan bagaimanakah sifat-sifatnya?. Ia merupakan dua isu yang berbeza yang akan dibentangkan dalam penulisan kali ini. 


Pengertian Iman Di Sisi Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah

Iman menurut Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah ialah ketetapan yang ada di dalam hati, pengakuan dan ucapan dengan lidah, dan amalan dengan anggota tubuh badan. Disini terdapat tiga pecahan penting yang saling berkait rapat iaitu:

  1. Ketetapan di dalam hati
  2. Pengakuan dan ucapan dengan lidah
  3. Amalan dengan anggota tubuh badan. 
Tiga unsur ini merupakan bahagian-bahagian keimanan seseorang Muslim. Umat Islam yang sempurna imannya bukan sahaja meyakini akan kewujudan dan kekuasaan Allah subhanahu wa ta'ala, bahkan dia turut mengakuinya dengan ucapan lidah melalui kalimah syahadah kemudian beramal dengan amalan-amalan yang telah difardhukan (diwajibkan) serta amalan sunat sebagai penambah baikan. Tidak sempurna iman seseorang Muslim andai hanya membenar dan mengucapkan syahadah semata-mata namun tidak beramal sesuai dengan apa yang telah dituntut keatasnya. 


Sifat Iman Bertambah dan Berkurang

Iman merupakan sesuatu yang bersifat ghaib dan tidak boleh diukur semata-mata dengan perbuatan luaran manusia semata-mata. Ahlu Sunnah wa al-Jamaah menetapkan dan mayakini bahawa iman itu boleh bertambah dan berkurang. Ini kerana kemantapan hati seseorang itu bertingkat-tingkat dan tidak sama setiap masa dan keadaan. Sebagai contoh, kemantapan hati terhadap sesuatu berita atau khabar semata-mata kadang-kala tidak sama dengan kenyataan yang belaku di depan mata atau secara langsung pada diri sendiri.  Contoh yang lain pula seperti keyakinan hati terhadap sesuatu berita yang dikhabarkan oleh satu orang tidak sama dengan berita yang dikhabarkan oleh sepuluh orang, dan sebagainya. 

Maka daripada itu, Nabi Ibrahim 'alaihissalam pernah berkata: 

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن ۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي ۖ قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا ۚ وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Al-Baqarah 2:260]

Keimanan akan bertambah bergantung kepada ketetapan dan keyakinan hati, ketenangan dan kesediannya. Manusia akan menemukan kesemua itu di dalam dirinya sendiri. Ketika seseorang itu hadir ke majlis ilmu yang di dalamnya terkandung pengisian seperti nasihat-nasihat, penjelasan tentang syurga dan neraka, hari Qiamat dan akhirat, maka keimanannya boleh jadi bertambah sehingga seakan-akan dia melihatnya secara langsung. Namun ketika dia sedang lalai dan jauh daripada majlis-majlis ilmu agama dan nasihat, maka keyakinan hati dan imannya akan berkurang. Berkurangnya iman juga berlaku ketika dalam keadaan sedang melakukan dosa sebagaimana yang masyhur dalam hadith sahih, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

لا يزني الزَّاني حينَ يزني وَهوَ مؤمنٌ ولا يشرَبُ الخمرَ حينَ يشرَبُ وَهوَ مؤمنٌ ولا يسرقُ حينَ يسرقُ وَهوَ مؤمنٌ ولا ينتَهبُ نُهبةً يرفعُ النَّاسُ إليْهِ فيها أبصارَهم حين ينتهِبُها وَهوَ مؤمنٌ

Seseorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri ketika dia berada dalam keadaan beriman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada dalam keimanan. [Riwayat Al-Bukhari (no. 2475, 6772); Muslim (no. 57) daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu]

Begitu juga keimanan dalam perkataan boleh bertambah dan berkurang. Orang yang menyebut Allah sepuluh kali tidak sama dengan orang yang menyebut Allah seratus kali, keimanan orang yang kedua sudah tentu lebih besar. Keimanan dalam ibadah juga boleh bertambah dan berkurang. Orang yang ibadahnya sempurna imannya bertambah daripada orang yang ibadahnya tidak sempurnah, banyak kesalahan dan tidak istiqamah. Begitu juga dengan amalan dengan anggota badan. Orang yang banyak beramal dengan kebaikan maka imannya boleh bertambah begitu juga sebaliknya. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: 


وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً ۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا

Dan (ketahuilah bahawa hikmah) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmah) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya. [Al-Mudhathir 74:31]


وَإِذَا مَا أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِ إِيمَانًا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ. وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ

Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir. [Al-Taubah 9:124-125]


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr berkata,  Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda dihadapan para wanita: 

وما رأيت من ناقصات عقل ودين أغلب لذي لب منكن . قالت : يا رسول الله ! وما نقصان العقل والدين ؟ قال : أما نقصان العقل فشهادة امرأتين تعدل شهادة رجل . فهذا نقصان العقل . وتمكث الليالي ما تصلي . وتفطر في رمضان . فهذا نقصان الدين

Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu (para wanita). Wanita itu bertanya: "Wahai Rasulullah, Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan akal dan agama itu?" Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Maksud kekurangan akal ialah kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama." [Riwayat Al-Bukhari (no. 304) sanadnya daripada Abu Said al-Khudri dengan lafaz yang sedikit berbeza; Muslim (no. 79) sanadnya daripada Abdullah bin 'Amr; Abu Daud (no. 4679) juga dari Abu Said Al-Khudri]


Faktor Bertambah dan Berkurangnya Iman

Terdapat beberapa faktor bertambah dan berkurangnya keimanan seseorang Muslim. Antaranya ialah:

1. Ma'rifatullah (mengenal Allah), nama-nama dan sifat-sifatNya. Orang yang mengenal dan beramal dengan  Allah, nama dan sifatnya akan bertambah pula keimanan dan keyakinannya. Kerana itu kita akan mendapati bahawa orang yang arif dan yakin dengan sifat-sifat dan nama-nama Allah akan lebih baik keimanannya berbanding orang lain. 

2. Melihat tanda-tanda Allah yang ada pada seluruh ciptaanNya di alam semesta serta syariatNya. Setiap kali manusia  merenung kekuasaan Allah yang ada di alam semesta, maka akan bertambah keimanannya sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala


وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ. وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?. [Az-Zariyat 51: 20-21]


3. Banyak ketaatan. Manusia yang semakin taat kepada perintah Allah akan semakin bertambah keimananya sama ada ketaatan dari sudut perbuatan mahupun perkataan dan jika berkurang maka dapat menurunkan iman dihati. Zikir dapat menambahkan keimanan begitu juga solat, puasa, haji dan sebagainya baik darisegi kuantiti mahupun kualiti. 

[Fatawa Arkanul Islam lil Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin]



والله أعلم بالـصـواب 


Khamis, 22 November 2012

Fiqh Al-Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan)



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Sejak kebelakangan ini umat Islam sukar untuk membuat suatu keputusan, melakukan satu pekerjaan dan melaksanakan satu ibadah melainkan pasti dia berhadapan dengan dua atau lebih keadaan yang saling bertembung dari sudut hukum agama. Pertembungan mungkin berlaku antara yang halal dengan yang haram, antara yang halal dengan yang halal, antara yang haram dengan yang haram dan perkara halal yang hanya dapat diperolehi melalui cara yang haram.

Tidak ketinggalan, di kalangan umat Islam pasti ada yang bercita-cita tinggi demi agama dan manusia. Dalam rangka mencapai cita-cita tersebut, tentu saja dia perlu menyusun tindak-tanduknya mengikut tertib kepentingan (prioritize). Justeru apakah panduan yang sepatutnya dia jadikan pedoman untuk menyusun kepentingan tersebut?

Dua perenggan di atas menjadi Kata Pembuka bagi risalah saya ini berkenaan Fiqh al-Awlawiyat. Sebelum meneruskannya, izinkan saya menjelaskan latarbelakang istilah ini terlebih dahulu.


Definisi Fiqh Al-Awlawiyat.


Istilah ini terdiri dari dua perkataan. Pertama ialah “Fiqh” yang bermaksud kefahaman. Lazimnya ia dikaitkan dengan hukum, maka dengan itu ia bermaksud kefahaman terhadap sesuatu hukum. Justeru apabila dikatakan “Fiqh Solat”, bererti subjek yang memberi kefahaman kepada hukum, hikmah dan objektif solat dalam suasana biasa dan tidak biasa. Ada pun kebiasaan silibus tempatan yang menekankan hafalan hukum-hukum berkaitan solat, ia tidak dapat disebut sebagai “Fiqh Solat” tetapi lebih kepada “Hafazan Solat”.

Al-Awlawiyat berasal dari perkataan “Awla” yang bermaksud utama, unggul dan penting. Apabila dihubungkan menjadi Fiqh al-Awlawiyat, ia bermaksud kefahaman dalam membezakan hukum ke arah yang lebih utama, lebih unggul dan lebih penting. Secara ejaan, Fiqh al-Awlawiyat tidak wujud di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi secara maksud dan konsep, ia wujud secara jelas di dalam kedua-dua sumber mulia tersebut. 

Dalam mebicarakan Fiqh al-Awlawiyat, para pembaca juga perlu beramah mesra dengan dua istilah yang lazim digunakan, iaitu maslahat dan mafsadat. Secara mudah, maslahat ialah kebaikan atau faedah manakala mafsadat ialah keburukan atau kerosakan. Setiap sesuatu yang dilarang oleh syari‘at sebagai haram atau makruh pasti memiliki sesuatu mafsadat yang ingin dijauhkan. Manakala setiap sesuatu yang disuruh oleh syari‘at sebagai harus, sunat atau wajib pasti memiliki sesuatu maslahat yang ingin dicapai.


Fiqh al-Awlawiyat Antara Dua Larangan Yang Saling Bertembung.

Katakanlah kita berhadapan dengan dua larangan dalam satu masa, larangan pertama hukumnya makruh manakala larangan kedua hukumnya haram. Maka tindakan yang benar ialah menjauhi kedua-duanya. Seterusnya, katakanlah kita hanya mampu menjauhi salah satu darinya, maka tindakan yang lebih utama ialah menjauhkan larangan yang hukumnya haram. Tentu saja ini mudah untuk kita pertimbang dan utamakan.

Namun bagaimana jika kita berhadapan dengan dua larangan dalam satu masa dimana kedua-dua hukumnya adalah haram dan kita hanya mampu menjauhi salah satu darinya? Di sinilah terdapatnya kepentingan Fiqh al-Awlawiyat. Kes seumpama ini pernah disentuh oleh Allah subhanahu wa ta'ala dalam firman-Nya:


يَسْأَلُونَكَ عَنْ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنْ الْقَتْلِ.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid al-Haram (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). (al-Baqarah 2:217)

Dalam ayat di atas, umat Islam berhadapan dengan dua larangan yang saling bertembung dalam satu masa:

1. Berperang dalam bulan-bulan yang dihormati, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Peperangan memiliki mafsadat di sebaliknya seperti kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, maka larangan berperang pada bulan-bulan yang dihormati adalah bagi mengurangi mafsadat tersebut. 
2. Membiarkan musuh-musuh menghalangi umat Islam dari jalan Allah, khasnya menghalang umat Islam dari memasuki Kota Mekah untuk beribadah di Masjid al-Haram sekali pun dalam bulan-bulan yang dihormati. Jika dibiarkan, tindakan musuh ini akan memberi mafsadat kepada Islam dan umatnya.

Antara dua larangan di atas, mafsadah yang kedua lebih berat dari yang pertama. Ini dapat diketahui dengan membandingkan antara mafsadat pertama yang Allah sifatkan sebagai “…berdosa besar” dengan mafsadat kedua yang Allah sifatkan sebagai “…lebih besar dosanya di sisi Allah.” Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menerangkan bahawa fitnah dari membiarkan tindakan musuh menghalangi umat Islam adalah lebih besar kesannya berbanding bunuh-membunuh yang berlaku dalam peperangan, sekali pun dalam bulan-bulan yang dihormati.

Berdasarkan ayat di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih larangan dalam satu masa dan dia tidak mampu menjauhi semua larangan tersebut, maka:


- Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding larangan yang mafsadahnya memberi kesan jangka masa pendek. 
- Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadahnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding larangan yang mafsadahnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.

- Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya bersifat pasti berbanding larangan yang mafsadahnya bersifat kemungkinan.


Sebagai contoh katakan seorang wanita telah terlanjur berzina sehingga menyebabkan dia hamil. Lelaki yang menzinainya tidak mahu bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dan terus menghilang diri. Wanita tersebut berfikir sama ada untuk terus mengandung, melahir dan membesarkan anak itu atau menggugurkannya. Di sini terdapat dua larangan yang saling bertembung:


- Larangan # 1: Menggugurkan janin (fetus dalam kandungan).

- Larangan # 2: Membiarkan diri dan anak difitnah oleh masyarakat dalam suasana dia mengandung tanpa suami dan anak pula membesar tanpa ayah.

Larangan yang manakah yang patut diutamakan, maksudnya dijauhkan? Individu yang berbeza mungkin memiliki pilihan keutamaan yang berbeza. Bagi wanita yang hidup dalam lingkungan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang saling memberi sokongan moral, dia akan mengutamakan

Larangan # 1, iaitu tidak menggugurkan anak. Adapun fitnah dari masyarakat terhadap diri dan anaknya, ia adalah mafsadat yang bersifat kemungkinan sementara menggugurkan anak adalah mafsadat yang bersifat pasti. Maka berdasarkan kaedah Fiqh al-Awlawiyat, adalah lebih utama menjauhkan larangan yang mafsadatnya bersifat pasti berbanding larangan yang mafsadatnya bersifat kemungkinan.

Berbeza bagi wanita yang hidup dalam lingkungan orang-orang yang tidak lekang dari mencela dan menghina atas keterlanjurannya itu. Maka mengutamakan

Larangan # 2 mungkin menjadi pilihannya, iaitu menggugurkan anak. Dia merasakan tidak sanggup menghadapi fitnah yang berterusan, apatah lagi diyakininya bahawa fitnah itu akan bertambah hebat ketika dalam peringkat membesarkan anak. Maka wanita ini cenderung kepada kaedah Fiqh al-Awlawiyat yang menyatakan adalah lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa pendek.

Di sini ingin dijelaskan, sama ada bagi contoh di atas atau selainnya, bahawa dalam mempertimbangkan apakah tindakan yang lebih utama, individu yang berbeza akan memiliki pilihan yang berbeza. Banyak faktor yang mempengaruhi pilihan tersebut, seperti tahap ilmu, kadar jatidiri, lokasi dan keadaan masyarakat sekeliling. Faktor-faktor ini akan sentiasa berbeza antara individu yang berbeza, maka dengan itu pilihannya tentang apakah yang lebih utama akan berbeza juga.





Fiqh al-Awlawiyat Antara Dua Suruhan Yang Saling Bertembung.

Apabila berhadapan dengan dua atau lebih suruhan agama, maka yang terbaik ialah melaksanakan kesemua suruhan tersebut. Apabila tidak mampu melaksanakan keseluruhan suruhan agama yang berbeza-beza hukumnya antara harus, sunat dan wajib, maka yang utama ialah melaksanakan yang wajib, kemudian yang sunat dan kemudian yang harus.

Akan tetapi bagaimanakah sikap kita apabila berhadapan dengan dua suruhan yang sama darjat hukumnya dan kita hanya mampu melaksanakan salah satu darinya? Sekali lagi, kemahiran dalam subjek Fiqh al-Awlawiyat akan dapat membantu menyelesaikan persoalan ini. Perhatikan hadis berikut:

Seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan-jalan di satu lembah dan ternampak sebuah mata air yang indah sehingga mengkagumkan dia. Dia berkata: “Andainya aku mengasingkan diri dari manusia (uzlah) dan tinggal di lembah ini, akan tetapi aku tidak akan melakukannya melainkan setelah meminta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Hajatnya ini dikhabarkannya kepada Rasulullah lalu baginda menjawab:


لاَ تَفْعَلْ فَإِنَّ مُقَامَ أَحَدِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهِ فِي بَيْتِهِ سَبْعِينَ عَامًا. أَلاَ تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ الْجَنَّةَ ؟ اغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ قَاتَلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَوَاقَ نَاقَةٍ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.


Jangan melakukannya kerana sesungguhnya kedudukan seseorang kamu di (medan Jihad) di jalan Allah adalah lebih utama daripada bersolat dalam rumah selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga ? Berperanglah di jalan Allah, barangsiapa yang berperang di jalan Allah selama tempoh memerah susu unta (yakni tempoh yang sekejap) maka wajib ke atasnya Syurga. [ Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1650]

Dalam hadis di atas terdapat dua suruhan agama yang saling bertembung:


Suruhan # 1: Mendirikan solat dalam tempoh masa yang lama di tempat yang indah agar dapat memperolehi kekhusyukan yang sempurna. Ia mengandungi maslahat kepada orang yang bersolat. 
Suruhan # 2: Berjuang di medan perang demi menegakkan kalimah Allah dan membela nasib umat Islam. Ia mengandungi maslahat membela nasib agama dan umat Islam manakala orang yang berperang dijamin keampunan Allah dan balasan syurga.

Di antara dua suruhan di atas, yang lebih utama ialah suruhan kedua kerana ia mengandungi kadar maslahat yang lebih besar berbanding suruhan pertama. Ini terbukti dengan perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “…adalah lebih utama daripada bersolat…”.

Berdasarkan hadis di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih suruhan dalam satu masa dan dia tidak mampu melaksanakan semua tersebut, maka:

- Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa pendek. 
- Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya. 
- Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya bersifat pasti berbanding suruhan yang maslahatnya bersifat kemungkinan.


Sebagai contoh bagi Fiqh al-Awlawiyat antara dua suruhan yang saling bertembung ini, ingin saya kongsi persoalan yang agak lazim saya terima daripada para pelajar pusat pengajian tinggi. Mereka lazim bertanya, manakah yang patut diutamakan, pelajaran atau aktiviti agama bersama jamaah masing-masing di kampus? Atau adakah pelajaran dan aktiviti agama diletakkan pada tahap yang sama? Ini kerana dalam persoalan ini kelihatannya ada dua suruhan agama yang saling bertembung:


- Suruhan # 1: Belajar.

- Suruhan # 2: Membela agama.

Antara dua suruhan ini, yang utama ialah pelajaran. Sebabnya:


1. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat jangka masa yang panjang. Empat tahun (purata) di pusat pengajian tinggi akan memberi maslahat kepada dirinya sehinggalah dia meninggal dunia. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia sekadar maslahat dalam tempoh empat tahun dia berada di kampus itu. Jarang-jarang ditemui pelajar yang aktif di kampus akan aktif setelah tamat dari kampus dengan aktiviti agama.

2. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat kepada orang yang besar jumlahnya. Kelulusannya cemerlang dalam pelajaran akan membolehkan dia bekerja dan menjadikan kerjayanya sebagai sarana melakukan kerja-kerja dakwah dan islah kepada orang ramai sehinggalah ke akhir hayat. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia sekadar mencapai maslahat untuk warga kampus.

3. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat yang bersifat pasti. Ini kerana apa saja yang dilakukan oleh seseorang, kemaslahatan yang hakiki hanya akan tercapai jika ia berdasarkan ilmu yang sahih. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia lebih kepada semangat dan pengisian jiwa yang kosong akibat jauh dari keluarga tersayang. Maka jika ada maslahat, ia adalah maslahat yang bersifat kemungkinan.

Justeru berdasarkan pertimbangan Fiqh al-Awlawiyat, pelajaran adalah lebih utama dari aktiviti agama. Namun saya tidaklah bermaksud seseorang itu meninggalkan aktiviti agama secara keseluruhan. Hanya hendaklah ia disusun mengikut tertib keutamaan. Sekadar cadangan, hendaklah tenaga dan masa dibahagikan pada kadar 40% untuk pelajaran dalam jurusan masing-masing, 40% untuk meningkatkan ilmu agama dan 20% untuk aktiviti agama.

Ilmu agama tidak sama dengan aktiviti agama. Ilmu agama ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan penjelasannya oleh para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Aktiviti agama hendaklah bertepatan dengan ilmu agama kerana ilmu memimpin amal dan bukan sebaliknya. Betapa ramai orang yang melakukan aktiviti agama tetapi ia berseberangan dengan tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Renungilah! Anda masih mempunyai masa yang banyak untuk menambah kadar aktiviti agama selepas anda lulus pengajian dan selepas anda memiliki ilmu agama yang secukupnya. Maslahat jangka masa panjang hendaklah diutamakan dari maslahat jangka masa pendek.


Fiqh al-Awlawiyat Antara Suruhan dan Larangan Yang Saling Bertembung.

Bagaimana pula sikap kita apabila berhadapan dengan satu keadaan yang bertembung antara suruhan dan larangan agama? Hadis berikut memberi jawapannya:


فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ.

Apabila aku melarang kalian dari sesuatu maka jauhilah ia dan apabila aku menyuruh kalian dengan sesuatu urusan maka laksanakanlah sedaya upaya kamu. [Sahih al-Bukhari, hadis no: 7288]


Hadis di atas menggabungkan antara larangan dan suruhan, iaitu:

- Larangan: Jauhilah ia, sekali pun yang kecil atau sedikit darinya. 
- Suruhan: Laksanakanlah ia sedaya mungkin, sekali pun yang kecil atau hanya sedikit darinya.
Berdasarkan hadis ini dirumuskan kaedah Fiqh al-Awlawiyat bahawa apabila bertembung antara larangan dan suruhan dalam satu masa dan seseorang itu hanya mampu melakukan salah satu daripadanya, maka adalah lebih utama untuk menjauhkan larangan berbanding melaksanakan suruhan.

Di sini timbul persoalan kedua yang lebih penting. Sama-sama diketahui bahawa di sebalik setiap larangan ada mafsadat yang ingin dijauhi oleh agama manakala di sebalik setiap suruhan ada manfaat yang ingin dicapai oleh agama. Lalu bolehkah kita berusaha mencapai satu matlamat yang disuruh oleh agama dengan cara yang dilarang oleh agama?

Lazimnya kita akan menjawab “tidak” kerana “matlamat tidak menghalalkan cara”. Ini ialah jawapan yang selamat namun tidak semestinya tepat. Sebabnya, berdasarkan kaedah Fiqh al-Awlawiyat, boleh atau tidak dipertimbangkan antara maslahat di sebalik matlamat yang disuruh dengan mafsadat di sebalik cara yang dilarang. Ia seperti berikut:

- Jika mafsadat di sebalik cara adalah lebih besar berbanding maslahat di sebalik matlamat, maka adalah lebih utama untuk meninggalkan matlamat tersebut.

- Jika maslahat di sebalik matlamat adalah lebih besar berbanding mafsadat di sebalik cara, maka adalah lebih utama untuk melaksanakan matlamat tersebut.

Dalilnya ialah peristiwa Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku di antara umat Islam dan kaum kafir Mekah. Ringkasnya apabila perjanjian hendak ditulis, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada jurutulisnya, Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh agar surat perjanjian dimulai dengan: “Bismillahir Rahmanir Rahim”. Wakil kaum kafir Mekah, Suhail bin Amr membantah dengan berkata: “Ada pun al-Rahman, maka demi Allah! Aku tidak tahu apakah itu. Akan tetapi tulislah: “Bismikallahumma”. Kaum muslimin yang hadir ketika itu membantah: “Demi Allah! Kami tidak akan menulisnya melainkan dimulai dengan Bismillahir Rahmanir Rahim”. Namun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “(Tak mengapa), tulislah Bismikallahumma”.

Kemudian Rasulullah berkata kepada jurutulisnya: “Ini adalah apa yang diputuskan oleh Muhammad, Rasul Allah”. Sekali lagi ia dibantah oleh Suhail: “Sekiranya kami mengetahui bahawa engkau adalah Rasul Allah, nescaya kami tidak akan menghalangi kamu mengunjungi Baitullah dan kami tidak akan memerangi kamu. Akan tetapi tulislah – Muhammad bin Abdullah.”

Rasulullah menjawab: “Demi Allah! Sungguh aku adalah Rasul Allah sekali pun kalian mendustakan aku. (Tak mengapa), tulislah – Muhammad bin Abdullah.”

Seterusnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta: “Maka janganlah menghalangi kami untuk mengunjungi Baitullah agar kami dapat melakukan tawaf di sana.” Dengan permintaan ini perjanjian dipersetujui dan mulai tahun seterusnya, umat Islam dapat masuk ke Mekah dan tawaf di Baitullah dalam Masjid al-Haram. [Sahih al-Bukhari, hadis no: 2731-2732 secara ringkas]


Dalam peristiwa di atas terdapat pertembungan antara matlamat dan cara:

- Matlamat: Melaksanakan umrah di Masjid al-Haram. Ia termasuk suruhan agama.

- Cara: Menafikan dalam surat perjanjian nama Allah “al-Rahman dan al-Rahim” dan menafikan kedudukan Muhammad sebagai seorang Rasul Allah. Ini termasuk larangan agama.

Dalam menghadapi pertembungan di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengetahui bahawa melaksanakan umrah memiliki maslahat yang besar kepada umat Islam berbanding penafian nama Allah dan kedudukan baginda yang memiliki mafsadat yang kecil. Ini kerana penafian tersebut hanya berlaku di atas kertas perjanjian dan tidak secara hakiki. Maka atas dasar pertimbangan antara matlamat dan cara, juga antara maslahat dan mafsadat, baginda mempersetujui perjanjian tersebut.

Di sini dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyat bahawa dibolehkan mencapai matlamat yang disuruh dengan cara yang dilarang dengan syarat:


- Maslahat di sebalik matlamat adalah jauh lebih besar sementara mafsadat di sebalik cara adalah jauh lebih kecil. 
- Maslahat di sebalik matlamat memberi kesan jangka masa panjang sementara mafsadat di sebalik cara memberi kesan jangka masa pendek. 
- Maslahat di sebalik matlamat memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya sementara mafsadat di sebalik cara memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya. 
- Maslahat di sebalik matlamat bersifat pasti sementara mafsadat di sebalik cara bersifat kemungkinan.


Walaubagaimanapun penting untuk digariskan di sini bahawa kaedah-kaedah di atas bukanlah untuk diamalkan sesuka hati oleh orang awam dan para penuntut ilmu. Ini kerana tidak ramai yang mampu menilai secara adil dan luas antara matlamat dan cara, antara maslahat dan mafsadat. Sesuatu perkara mungkin dianggap matlamat yang memiliki maslahat padahal ia sebenarnya adalah satu mafsadat. Sesuatu cara mungkin dianggap memiliki kadar mafsadat yang sementara padahal ia sebenarnya memberi kesan jangka masa yang amat panjang.

Justeru kaedah-kaedah di atas hanyalah layak diamalkan oleh para mujtahid dan ahli fatwa. Ada pun bagi orang awam dan para penuntut ilmu, kaedah yang selamat ialah “Matlamat tidak menghalalkan cara”.


Tidak Termasuk Fiqh al-Awlawiyat.

Ukuran sama ada sesuatu perkara adalah utama atau tidak bukan bergantung kepada semangat atau kecenderungan peribadi, tetapi bergantung kepada dalil dan hujah. Kadangkala kita mendengar orang-orang yang kononnya memiliki “wawasan besar terhadap agama” melaungkan kata-kata “Persoalan wudhu’ dan zikir hal kecil, persoalan negara Islam dan Palestin hal besar! Jangan disibuk-sibukkan dengan hal kecil!”. Kenyataan ini salah paling kurang dari dua sudut:

1. Jika dikaji sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, akan didapati baginda memberi perhatian yang besar sekalipun terhadap perkara yang mungkin di sisi sebahagian orang dianggap kecil. Ambil saja contoh bab wudhu’, baginda pernah melihat sebahagian sahabat berwudhu’ tetapi mereka tidak membasuh tumit kaki mereka dengan sempurna. Melihat yang sedemikian Rasulullah menegur beberapa kali dengan suara yang tegas lagi tinggi:


وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ

Celakalah tumit-tumit (yang bakal terkena) api neraka! [Sahih al-Bukhari, hadis no: 60]


Persoalan tumit yang tidak terkena air mungkin dianggap kecil oleh orang yang memiliki “wawasan besar terhadap agama”. Akan tetapi di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia tetap merupakan isu besar yang perlu ditegur serta merta secara tegas.

2. Jika seorang muslim cuai dan jahil dalam persoalan “kecil”, lalu bagaimana mungkin dia dianggap mampu bersikap cemerlang dan bijak dalam persoalan “besar”? Tentu saja tidak. Maka tidak hairanlah kita lazim mendengar atau membaca pandangan-pandangan yang lebih mafsadat dari maslahat dari orang-orang yang konon memiliki “wawasan besar terhadap agama” dalam isu negara Islam, Palestin dan pemulauan barangan negara Barat.


Penutup.

Para tokoh generasi awal umat Islam (al-Salaf al-Shalih) pernah berpesan, seorang muslim yang bijak bukanlah mereka tahu membezakan antara yang halal dan haram. Akan tetapi dia ialah seorang yang mampu membezakan antara dua perkara yang halal, manakah yang lebih utama untuk diambil dan antara dua perkara yang haram, manakah yang lebih utama untuk dijauhkan.

Semoga risalah ringkas ini berkenaan Fiqh al-Awlawiyat mampu membawa kita ke arah ciri-ciri muslim yang bijak. Apatah lagi dalam suasana umat Islam sekarang ini yang mundur dalam serba serbi persoalan, janganlah pula kita menjadi mundur dalam persoalan agama kita sendiri.


Disediakan oleh: Ustaz Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Disunting oleh: WADi



والله أعلم بالـصـواب 

Rabu, 24 Oktober 2012

Haji, Puasa dan Zikir Bulan Zulhijjah.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




1. Memperbanyakkan Zikir kepada Allah subhanahu wa ta’ala
Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala:




وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

“Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan” (QS. Al Hajj: 28).
‘Ayyam ma’lumaat’ (أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ) menurut salah satu penafsiran adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah.  Pendapat ini adalah pendapat jumhur (majorti) seperti Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Al-Hasan Al Basri, ‘Atha’, Mujahid, ‘Ikrimah, Qotadah dan An Nakha’i, Abu Hanifah, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad (pendapat yang masyhur dari beliau). [Ibnu Rajab Al Hambali, Lathaif Al-Ma’arif, hal. 462 dan 471.]

Imam Al-Bukhari rahimahullah menyebutkan:


وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ .

Ibnu ‘Abbas berkata, “Berzikirlah kalian pada Allah di hari-hari yang ditentukan iaitu sepuluh hari pertama Zulhijjah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Dzulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunnah. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari tanpa sanad (mu’allaq), pada Bab “Keutamaan beramal di hari tasyriq”)

Takbir yang dimaksudkan dalam penjelasan di atas adalah sifatnya mutlaq, artinya tidak dikaitkan pada waktu dan tempat tertentu. Jadi boleh dilakukan di pasar, masjid, dan saat berjalan. Takbir tersebut dilakukan dengan mengeraskan suara khusus bagi lelaki. Ada juga takbir yang sifatnya muqayyad, dikaitkan dengan waktu tertentu iaitu dilakukan setelah solat wajib berjemaah.

Takbir muqayyad bagi orang yang tidak berhaji dilakukan mulai dari solat Subuh pada hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari tasyriq yang terakhir. Bagi orang yang berhaji bermula dari solat Zohor hari Nahr (10 Zulhijjah) hingga hari tasyriq yang terakhir
.
Cara bertakbir adalah dengan ucapan: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaha illallah, Wallahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.


2- Menunaikan haji

Amalan yang utama di bulan Zulhijjah ini adalah haji. Untuk para wanita, berhaji itu lebih afdal daripada berjihad. Lebih-lebih lagi jika hajinya adalah haji mabrur, itu bahkan boleh mengalahkan jihad.  [Ibnu Rajab al-Hanbali, Lathoif Al Ma’arif (hal. 463-464)]

Dari ‘Aisyah -ummul Mukminin- radhiallahu ‘anha, dia berkata:


يَا رَسُولَ اللَّهِ ، نَرَى الْجِهَادَ أَفْضَلَ الْعَمَلِ ، أَفَلاَ نُجَاهِدُ قَالَ : لاَ ، لَكِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُورٌ

Wahai Rasulullah, kami memandang bahawa jihad adalah amalan yang paling afdal. Apakah kami harus berjihad?” Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak. Jihad yang paling utama adalah haji mabrur”. (Riwayat Al-Bukhari no. 1520)



3- Disunnahkan puasa awal Zulhijjah

Yang lebih utama dari sepuluh pertama Zulhijjah ialah puasa Arafah pada 9 Zulhijjah disesuaikan dengan hilal di negeri masing-masing tidak mesti sesuai dengan wukuf di Arafah). Begitu pula dianjurkan melakukan puasa sunnah sejak awal Zulhijjah, iaitu 1 - 9 Zulhijjah. Diantara sebab dianjurkan berpuasa karena amalan tersebut ada kekhususan di mana Allah melipatgandakan pahalanya, amalan tersebut hanya untuk Allah dan Dia yang akan membalasnya. Keutamaan tersebut disebutkan dalam hadith berikut:


كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku...” (Riwayat Muslim no. 1151)

Dalam riwayat lain:


 قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامَ ، فَإِنَّهُ لِى

“Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Amalan puasa adalah untuk-Ku”.” (Riwayat Al-Bukhari no. 1904)


Dalil yang menyokong anjuran puasa di 10 hari pertama Zulhijjah adalah hadits dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, beberapa isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَصُومُ تِسْعَ ذِى الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْر.

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya (hijriyah), ...” (Riwayat Abu Daud no. 2437. Syaikh Al Albani menilai hadith ini sahih)

Di antara sahabat yang mengamalkan puasa selama sembilan hari awal Zulhijjah adalah ‘Abdullah bin ‘Umar/ Ibnu Umar -radiallahu ‘anhuma-. Ulama lain seperti Al-Hasan Al-Basri, Ibnu Sirin dan Qatadah juga menyebutkan keutamaan berpuasa pada hari-hari tersebut. Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama. ( Lathoif Al Ma’arif, hal. 461)

Amalan soleh di awal Zulhijjah tidak hanya terbatas dengan amalan di atas. Namun  tiga amalan penting ini yang boleh da digalakkan untuk diamalkan.

Kredit: Syaikh Muhammad Abduh Tuasikal
Editor: Wadi 
Sakan 27, Jami’ah Malik Su’ud, Riyadh, KSA, 1 Zulhijjah 1433 H


والله أعلم بالـصـواب 


Ahad, 23 September 2012

Aman Palestin: Laman Web Pembela Palestin Terbaik Malaysia


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Agak lama saya tidak menulis berkaitan dengan isu semasa, perkembangan dunia dan penulisan santai separa ilmiah. Kebelakangan ini masa untuk menulis digunakan sepenuhnya untuk berkongsi ilmu dengan penuh ilmiah dan bermanfaat. Sedaya upaya juga diri ini menulis berdasarkan ilmu, kemampuan diri dan masa yang ada. Tambahan penulisan saya tidaklah terlalu berat untuk difahami kerana seboleh mungkin saya cuba menggunakan struktur ayat yang mudah dan ringkas agar mesej daripada penulisan saya ini dapat difahami sebaiknya. 

  Terpanggil untuk mengimbangi penulisan saya dengan sesuatu yang lebih ringan dan santai, maka saya mendapat idea untuk mewujudkan sebuah topik baru iaitu Jejak Maya dan Palestin. Jejak Maya khusus untuk saya memberi komentar, pandangan, idea, kritikan dan sebagainya terhadap mana-mana laman web atau blog yang saya kunjungi manakala topik Palestin pula khusus untuk saya muatkan pernulisan dan makalah (Artikel) berkaitan dengan Palestin kita. 

  Dan untuk itu, penulisan kali ini menggabungkan kedua-dua topik tersebut kerana kebetulan terlintas di minda saya untuk menulis tentang sebuah laman web yang menurut saya cukup baik, bagus dan bermanfaat. Laman yang saya maksudkan ialah:



Laman ini adalah sebuah web milik sukaralewan Malaysia yang menumpukan kerja-kerja amal seperti menghantar bantuan kewangan, makanan, pakaian dan pelbagai pertolongan yang mampu daripada rakyat Malaysia kepada saudara segama kita di Palestin. 


Profil Aman Palestin


   Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 64 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli.
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.
Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu:
  1. Kemanusiaan
  1. Persaudaraan
  1. Kesucian Baitul Maqdis

Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai. Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.
Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.  Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. 
Dipetik daripada Profil Aman Palestin ; http://www.amanpalestin.net/salam.php?kategori=profil


Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga Aman Palestin, anda boleh berbuat demikian dengan menjadi ahli menerusi laman ini. Cuma klik pada ruangan Daftar Ahli, dan anda boleh memilih untuk mendaftar sebagai ahli biasa Aman Palestin mahupun sebagai Sukarelawan Aman Palestin. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dari sudut sumbangan keahlian dimana Sukarelawan lebih khusus bantuan dan gerak-kerjanya berbanding ahli biasa. 




Anda juga boleh menyumbang derma dengan mudah melalui Aman Palestin. Tidak perlu lagi ke pejabat Aman Palestin, kini semuanya dihujung jari anda sahaja, insyaAllah. 




Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai isu yang berkaitan dengan konfik yang berlaku di Palestin dengan mengambil sedikit masa membaca buku yang dimuatkan diruangan Maktabah berjudul Eye Of Palestin. InsyaAllah banyak manfaat dan ilmu baru yang akan kita perolehi darinya. 

Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengimarahkan dan menjadi ahli berdaftar bersama Aman Palestin sebagai tanda sokongan dan usaha untuk membantu membela nasih saudara mara kita disana. Walaupun ia tampak kecil dan mudah dimata manusia, kita mengharapkan ia menjadi amalan yang besar dan mulia disisi Allah subhanahu wa ta'ala insyaAllah. Saranan saya, luangkan sedikit masa untuk menjenguk dan mengenali lebih dekat dengan Aman Palestin, insyaAllah kita akan mendapati betapa mulianya perjuangan dan usaha mereka ini. Dan kita turut membantu sekadar yang termampu. 

Moga Allah permudahkan usaha kita semua dan meredhainya, amin. 


والله أعلم بالـصـواب 

Ahad, 2 September 2012

Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah


السلام عليكم



Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah memberi nasihat kepada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu:

إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله
Apabila kamu hendak meminta, maka mintalah kepada Allah dan bila kamu hendak memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Riwayat Al-Tirmizi, beliau menilainya hasan sahih)


Imam An-Nawawi dan Al-Haithami menjelaskan maksud hadith ini secara ringkas:

Jika engkau memohon pertolongan dalam sesuatu urusan, baik urusan duniawi atau urusan akhirat, maka mohonlah pertolongan kepada Allah. Lebih-lebih lagi dalam sesuatu urusan yang tidak seorang pun dapat membantunya kecuali Allah seperti menyembuhkan penyakit, masalah rezeki dan urusan petunjuk kepada manusia. Perkara-perkara seperti ini berada dalam lingkungan kekuasaan yang khusus untuk pertolongan dari Allah subhanahu wa ta'ala sahaja. 

Firman Allah subhanahu wa ta'ala

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-An'am 6:17)

Barangsiapa yang inginkan hujjah, maka cukuplah berhujjah dengan Al-Quran dan Hadith. Barangsiapa inginkan penolong, cukuplah Allah sebagai penolongnya. Barangsiapa yang inginkan nasihat, cukuplah kematian dan mengingatinya itu menjadi penasihat baginya, dan barangsiapa yang merasa tidak cukup dengan semua itu, maka cukuplah neraka sebagai tempat untuknya kembali. Firman Allah subhanahu wa ta'ala


أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ ۖ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِن دُونِهِ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَاد

Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (Az-Zumar 39:36)

Berkara Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Al-Rabbani:

Mintalah kepada Allah dan janganlah meminta selain dariNya! Mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan memohon pertolongan kepada selainNya! Celakalah kamu, dimana akan engkau letakkan mukamu di hadapan Allah di akhirat kelak jika kamu berani menentang Allah di dunia ini. Kamu memalingkan wajah dariNya dan meminta pertolongan kepada makhlukNya dan menyekutukanNya. Engkau keluhkan segala hajatmu dan engkau pasrahkan segala nasibmu kepada makhluknya itu. Buangkanlah perantara-perantara yang menghubungkan dirimu dengan Allah! Kerana kebergantungan kepada para perantara itu adalah suatu kebodohan. Tidak ada kerajaan, kekuasaan, kekayaan dan kemulian kecuali semuanya itu milik Allah. Jadilah kamu orang yang selalu bersama Allah tanpa dengan makhluk! (Bersama Allah dalam berdoa dan begantung harap tanpa perantaraan dari makhluk-makhluknya.)

Memohon pertolongan yang disyariatkan adalah memohon pertolongan secara terus kepada Allah subhanahu wa ta'ala agar Dia melepaskan segala beban kesulitan yang dihadapi. Adapun memohon pertolongan yang boleh membawa kepada syirik seperti memohon pertolongan kepada orang yang telah meninggal, memuja kuburan dan patung atau kepada orang yang hidup namun tidak berhadapan dengannya. Ini kerana mereka semua tidak mampu memberi sedikitpun manfaat baik mudharat bahkan tidak mendengar pun permintaan orang yang meminta kepadanya. Dan jika mereka mendengar, mereka tetap tidak mampu mengabulkan permintaan kerana hanya Allah sahaja yang berkuasa melakukannya. 

Adapun meminta pertolongan kepada orang yang masih hidup sementara orang itu ada dihadapannya ketika permintaan tersebut seperti meminta pertolongan dalam perkara bersifat material, mendirikan masjid atau keperluan manusia sesama manusia yang lainnya, maka itu dibolehkan. Firman Allah azza wa jalla


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ 

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Al-Maidah 5:2)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه

Allah akan memberikan pertolongan kepada seseorang hamba selama mana hamba itu mahu memberikan pertolongan kepada saudara seagamanya. (Riwayat Muslim)

Diantara contoh bentuk pertolongan yang dibolehkan sesama manusia adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran al-Karim melalui Firman Allah subhanahu wa ta'ala


هَٰذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِ ۖ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ

Seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya (Al-Qasas 28:15)


فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا

oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (Al-Kahfi 18:95)




والله أعلم بالـصـواب 

Isnin, 27 Ogos 2012

Hadith Huru-Hara Kiamat Pada Hari Jumaat Di Bulan Ramadhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Penyebaran hadith  di zaman serba moden ini begitu pantas dan jauh tersebar. Dengan adanya kemudahan internet yang dan laman social seperti facebook, twitter dan blog, maka dengan mudah sesuatu khabar berita itu sampai kepada kita hari ini. Hal ini turut berlaku dalam lapangan hadith yang begitu cepat tersebar ke serata pelusuk dunia. Perkara ini memberi banyak kebaikan dan kelebihan antaranya sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dapat tersebar dengan mudah ke mana sahaja. Dengan itu sesuatu sunnah yang telah lama ditinggalkan akan dapat dihidupkan semula, insyaAllah.

         Namun begitu, keburukan turut tersebar secara sedar ataupun tidak iaitu tersebarnya khabar-khabar dan hadith-hadith yang tidak diketahui kebenarannya, tidak diketahui kedudukannya disisi para ulama’ lantas menjadi sandaran dan pegangan kepada orang yang membacanya. Perkara ini amat membimbangkan kerana bukan semua pembaca punya kesedaran untuk menyemak semula apakah sesebuah hadith itu sahih dan boleh diamalkan atau dhaif (lemah), maudhu’ (palsu) dan sebagainya.

          Antara hadith yang begitu banyak tersebar di laman maya ialah hadith Peristiwa Huru-Hara Kiamat pada hari jumaat pertengahan ramadhan. Hadith ini sering ditanya oleh teman-teman baik di blog, facebook mahupun menerusi sms. Untuk menjawab persoalan tersebut dengan lebih terperinci dan ilmiah maka saya menulis artikel pendek ini. Berikut adalah hadith yang dimaksudkan:


قَالَ نُعَيْمٌ بْنُ حَمَّادٍ : حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ عَنِ ابْنِ لَهِيعَةَ قَالَ : حَدَّثَنِي عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ حُسَيْنٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنِ الْحَارِثِ الْهَمْدَانِيِّ عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : “إذا كانَتْ صَيْحَةٌ في رمضان فإنه تكون مَعْمَعَةٌ في شوال، وتميز القبائل في ذي القعدة، وتُسْفَكُ الدِّماءُ في ذي الحجة والمحرم.. قال: قلنا: وما الصيحة يا سول الله؟ قال: هذه في النصف من رمضان ليلة الجمعة فتكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة في سنة كثيرة الزلازل ، فإذا صَلَّيْتُمْ الفَجْرَ من يوم الجمعة فادخلوا بيوتكم، وأغلقوا أبوابكم، وسدوا كواكـم، ودَثِّرُوْا أَنْفُسَكُمْ، وَسُـدُّوْا آذَانَكُمْ إذا أَحْسَسْتُمْ بالصيحة فَخَرُّوْا للهِ سجدًا، وَقُوْلُوْا سُبْحَانَ اللهِ اْلقُدُّوْسِ، سُبْحَانَ اللهِ اْلقُدُّوْسِ ، ربنا القدوس فَمَنْ يَفْعَلُ ذَلك نَجَا، وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ هَلَكَ)

Nu’aim bin Hammad berkata: “Telah menceritakan kepada kami Abu Umar, dari Ibnu Lahi’ah, ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abdul Wahhab bin Husain, dari Muhammad bin Tsabit Al-Bunani, dari ayahnya, dari Al-Harits Al-Hamdani, dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu, dari Nabi sallallahu alaihi wasallam, beliau bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal, kabilah-kabilah saling bermusuhan (perang antara suku/golongan) di bulan Zulkaidah, dan terjadi pertumpahan darah di bulan Zulhijjah dan Muharram…”. Kami bertanya: “Suara apakah, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Allah Al-Quddus, Mahasuci Allah Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus”, kerana barangsiapa melakukan hal itu, niscaya ia akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu, niscaya akan binasa”.

(Hadith ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad di dalam kitab Al-Fitan I/228, No.638, dan Alauddin Al-Muttaqi Al-Hindi di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, No.39627).


        Sebelum kita menerimapakai, mempercayai dan beramal dengan sesebuah hadith, hendaklah diteliti akan kesahihannya tanpa mengira sesiapa sahaja yang menyampaikannya baik seorang agamawan, ustaz, ustazah, tok guru, dan sebagainya. Ini kerana tidak semua perkara yang sampai kepada kita itu benar kesahihannya dan para agamawan juga manusia biasa yang mungkin melakukan salah dan silap. Hanya kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sahaja yang lebih benar dan tidak perlu dipertikaikan kebenarannya. Dan kata-kata manusia lain bermula dari zaman tabiin sehinggalah kini boleh diteliti semula, diterima mahupun ditolak. Tambahan di zaman ini, tidak sedikit para agamawan yang bermudah-mudahan dalam menyampaikan sesebuah hadith sehingga ia menjadi pegangan orang ramai kerana populariti dan kepercayaan terhadapnya. Oleh itu, hendaklah ia disemak dan diteliti sebaiknya sebelum ia diterima.

Kedudukan hadith

Hadith ini dinilai maudhu’ (palsu), karena di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi hadith yang kazzab (pendusta) dan bermasalah sebagaimana diperbincangkan oleh para muhaddithin. Antara perawi yang didapati bermasalah dalam rantaian sanad hadith ini ialah:


1. Nu’aim bin Hammad

Dia seorang perawi yang dhaif (lemah),
Berkata An-Nasa’i tentangnya: “Dia seorang yang dha’if (lemah)” (Al-Dhu’afa wa Al-Matrukin, karya An-Nasa’i I/101 no.589)

Berkata Abu Daud: “Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dua puluh hadith dari Nabi sallallahu alaihi wasallam yang tidak mempunyai dasar sanad / tidak ada asalnya (La asla lahu ).”

Berkata Imam Al-Azdi: “Dia termasuk orang yang memalsukan hadith dalam membela As-Sunnah, dan membuat kisah-kisah palsu tentang keburukan An-Nu’man (iaitu Abu Hanifah), yang semuanya itu adalah kedustaan”  ( Mizan Al-I’tidal, imam Az-Zahabi IV/267).

Berkata Imam Az-Zahabi: “Tidak boleh bagi siapa pun berhujjah dengannya, dan ia telah menyusun kitab Al-Fitan, dan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan dan kemungkaran-kemungkaran” (Siyar A’lam An-Nubala X/609).


2. Ibnu Lahi’ah (Abdullah bin Lahi’ah)

Dia seorang perawi yang dh’if (lemah), karena mengalami masalah dalam hafalannya setelah kitab-kitab hadithnya terbakar.

Berkata An-Nasa’i: “Dia seorang yang dhaif (lemah)” (Adh-Dhu’afa wa Al-Matrukin,  An-Nasa’i I/64 no.346)

Berkata Al-Hafiz  Ibnu Hajar Al-Asqalaini: “Dia mengalami masalah di dalam hafalannya setelah kitab-kitab hadithnya terbakar” (Taqrib At-Tahdzib I/319 no.3563).


3. Muhammad bin Thabit Al-Bunani

Dia seorang perawi yang dhaif (lemah dalam periwayatan hadits) sebagaimana dikatakan oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani, Ibnu Hibban dan An-Nasa’i.

Berkata An-Nasa’i: “Dia seorang yang dhaif (lemah)”

Berkata Yahya bin Ma’in: “Dia seorang perawi yang tidak ada apa-apanya”(Al-Kamil Fi Dhu’afa Ar-Rijal, karya Ibnu ‘Adi VI/136 no.1638).

Berkata Ibnu Hibban: “Tidak boleh berhujjah dengannya, dan tidak boleh pula meriwayatkan darinya” (Lihat Al-Majruhin, Ibnu Hibban II/252 no.928).

Berkata Imam Al-Azdi: “Dia seorang yang gugur periwayatannya” (Lihat Tahdzib At-Tahdzib, karya Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani IX/72 no.104)


4. Al-Harith bin Abdullah Al-A’war Al-Hamdani.

Dia seorang perawi kazzab (pendusta), sebagaimana dinyatakan oleh imam Asy-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibnu Al-Madini.

Berkata An-Nasa’i: “Dia bukan seorang perawi yang kuat (hafalannya)” (Lihat Al-Kamil Fi Dhu’afa Ar-Rijal, karya Ibnu ‘Adi II/186 no.370).

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani : “Imam Asy-Sya’bi telah mendustakan pendapat akalnya, dan dia juga dituduh berfahaman Rafidhah (syi’ah), dan di dalam hadithnya terdapat suatu kelemahan” (Taqrib At-Tahdzib I/146 no.1029).

Berkata Ali bin Al-Madini: “Dia seorang pendusta”

Berkata Abu Hatim Ar-Razi: “Dia tidak dapat dijadikan hujjah.” (Siyar A’lam An-Nubala’, karya imam Az-Zahabi IV/152 no.54)



5. Abdul Wahhab bin Husain

Dia seorang perawi yang majhul (tidak dikenal).

Berkata Al-Hakim: “Dia seorang perawi yang majhul (tidak jelas dirinya dan kredibilitinya dalam meriwayatkan hadith)” ( Al-Mustadrak No. 8590)

Berkata Az-Zahabi: “Dia mempunyai riwayat hadith palsu.” (Lisan Al-Mizan, Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani II/139).


Pendapat Para Ulama Tentang Hadith Ini

Berkata Ibnu Jauzi rahimahullah: “Hadith ini adalah pendustaan atas nama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam” ( Al-Maudhu’aat III/191).

Berkata Al-Uqaili rahimahullah: “Hadith ini tidak memiliki dasar dari hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah (dipercayai), atau dari jalan yang thabit (kuat dan benar adanya).” ( Adh-Dhu’afa Al-KabirIII/52).


Berkata Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah: “Hadith ini tidak mempunyai dasar yang benar, bahkan ini adalah hadith yang batil dan dusta” ( Majmu’ Fatawa Bin Baz XXVI/339-341).


Berkata Syaikh Al-Albani rahimahullah: “Hadith ini maudhu’ (palsu). Dikeluarkan oleh Nu’aim bin Hammad dalam kitab Al-Fitan.” Dan beliau menyebutkan beberapa riwayat dalam masalah ini dari Abu Hurairah dan Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhuma(Silsilah Al-Ahadits Adh-Dha’ifah wa Al-Maudhu’ah no.6178, 6179).


Kesimpulan

Dengan demikian, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa hadits ini adalah hadith maudhu’ (palsu). Tidak boleh diyakini sebagai kebenaran, dan tidak boleh dinisbahkan sebagai sabda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Oleh karena itu, tidak halal bagi kita untuk menyebarkannya kepada orang lain baik melalui media cetak, maupun elektronik, kecuali dalam dengan menjelaskan kedhaifan , kepalsuan, dan kebatilannya, serta bertujuan untuk memperingatkan umat darinya dan bukan untuk beramal dengannya.

Jika kita telah melakukan ini, insyaAllah kita telah bebas dan selamat dari ancaman keras Nabi sallallahu alaihi wasallam:


لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَيَّ يَلِجْ النَّارَ
"Janganlah kalian berdusta atas namaku, karena siapa yang berdusta atas namaku nescaya dia akan dimasukkan ke dalam neraka." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)



مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
"Barangsiapa berdusta atas namaku maka hendaklah dia menempati tempat duduknya dari neraka." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)



والله أعلم بالـصـواب


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik