Cari Entri WADi

Ahad, 31 Oktober 2010

Cinta orang Norway pada Malaysia

PENERIMA Anugerah Merdeka 2010 bagi kategori Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia, Tan Sri Just Faaland, 88, merasakan dirinya amat dekat dengan Malaysia.
Menurut anaknya, Jon Faaland, 61, bapanya dilihat sempat membaca buku Rancangan Malaysia Ke-10 sehari sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk menerima anugerah itu minggu lalu.
"Selepas 40 tahun beliau berkecimpung secara profesional dalam bidang ekonomi serta perkembangan di Malaysia, kami sekeluarga kadang-kala terfikir adakah beliau masih lagi seorang berketurunan Norway ataupun orang Malaysia.
"Keserasian beliau dengan Malaysia dapat dilihat apabila beliau amat selalu berinteraksi dengan ahli-ahli ekonomi dari negara anda.
"Selain itu, Tan Sri juga sering menghubungi rakan-rakannya di Malaysia dari semasa ke semasa hanya untuk bertanya khabar," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Kuala Lumpur Rabu lalu.
Selepas selesai majlis penyampaian anugerah itu di Bangunan Berkembar Petronas, Kuala Lumpur malam Selasa lalu, Faaland dilihat sungguh berselera menikmati sate bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta kenamaan lain.
Faaland yang ditemuramah pemberita keesokannya apabila ditanya berkata:
"Sate memang merupakan makanan Malaysia yang menjadi kegemaran saya. Saya 'jatuh cinta dengan sate' sejak mengenalinya di Kuala Lumpur lebih kurang 40 tahun lalu.



 Malam tadi, Perdana Menteri anda banyak mencuba makanan lain yang dihidangkan pada majlis itu tetapi jika anda perhatikan pinggan saya selepas majlis, ia hanya dipenuhi lidi serta lebihan kuah kacang."
Just Faaland yang dilahirkan di Tromso, Norway pada 1922 pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kumpulan Penasihat Universiti Harvard di Malaysia pada 1968 sehingga 1970.
Pada masa itulah beliau menganalisis keadaan ekonomi Malaysia serta struktur susunan masyarakat yang dilihat tidak memberi kelebihan atau keadilan kepada kaum majoriti negara ini.
Beliau merupakan salah seorang penggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) bersama sekumpulan tokoh tempatan selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969.
Sebelum itu, beliau pernah bertugas sebagai salah seorang ahli Kumpulan Penasihat Universiti Harvard di Pakistan pada 1957 hingga 1959. Berbekalkan ilmu ekonomi yang dikumpulnya sewaktu menuntut di beberapa universiti terkemuka Eropah dan Amerika, beliau pernah dipertanggungjawabkan membantu perkembangan ekonomi sejumlah besar negara dunia ketiga melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta agensinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik